KEMAHIRAN
INVENTIF
Kemahiran berfikir inventif adalah salah satu komponen
penting dari kemahiran abad ke-21. Oleh kerana itu, pendidikan abad ke-21 harus
menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dengan mengukur
pengetahuan diskrit untuk kemampuan berfikir kritis, menganalisis masalah dan
mengumpulkan informasi, komunikasi kolaborasi, kreativiti dan inovasi yang
diperlukan untuk kemajuan di masa hadapan.
Untuk mencapai pembaharuan-pembaharuan secara efisien dan
efektif yang tinggi, suatu negara memerlukan kepada belia atau pelajar yang
memiliki pemikiran inventif selain inovatif dan kreatif. Menurut enGauge (NCREL
2003), kemahiran berfikir inventif adalah elemen penting dalam perkembangan di
abad ke-21. Kemahiran ini meliputi enam elemen iaitu fleksibiliti dan
pengurusan kompleksiti, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, sanggup
mengambil risiko dan pemikiran tahap tinggi (Maria Abdullah 2010; enGauge 21th
Century Skills, 2003).
1. Fleksibiliti dan
pengurusan kompleksiti yang menekankan keupayaan untuk memodifikasi pemikiran,
sikap atau kelakuan seorang individu supaya mereka dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan semasa atau persekitaran masa depan yang sukar dijangka,
keupayaan untuk menangani pelbagai matlamat, tugasan dan input di samping dapat
memahami dan dapat menguruskan masa, sumber dan sistem yang terhad dengan baik.
2. Regulasi kendiri yang menekankan kepada
keupayaan untuk menetapkan matlamat dalam pembelajaran dan perancangan demi
mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan di samping dapat menguruskan masa dan
usaha serta menilai kualiti pembelajaran dan hasil pembelajaran secara kendiri.
3. Ingin tahu. Aspek ini menekankan kepada rasa
keinginan untuk mengetahui dan melahirkan minat yang dapat memandu kepada
inkuiri.
4. Kreativiti yang merupakan kebolehan untuk
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dari pemikiran sendiri.
5. Mengambil risiko yang menekankan perasaan
tidak takut atau kesediaan untuk melakukan kesilapan, berani menghadapi keadaan
yang luar biasa, berani untuk menerima masalah yang mencabar yang masih tidak
mempunyai cara penyelesaian yang jelas.
6. Pemikiran tinggi
yang menekankan proses kognitif sepeti menganalisis, perbandingan, membuat
inferensi dan interpretasi, penilain dan sintesis yang dapat diaplikasikan ke
dalam konteks ilmu pengetahuan akademik dan penyelesiaan masalah.
Inventif adalah suatu penemuan baru yang bermanfaat.
Penemuan baru dapat disebut sebagai inovasi jika penemuan tersebut telah
memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luas
(dalam konteks ekonomi). Dari ungkapan tersebut, dapat disimpulkan bahawa
munculnya inovasi harus didahului oleh invensi. Invensi dapat berupa idea yang
timbul dari pengamatan terhadap alam semesta, kajian atau eksperimen, sedangkan
inovasi memerlukan pengamatan yang luas dan mencakup pelbagai disiplin ilmu
termasuk ekonomi. Invensi timbul dari suatu kegiatan atau pemikiran kreatif.
Hubungan antara inventif dan inovasi sangatlah tepat digambarkan oleh kalimat
berikut ini “True Creativity (invention) and Innovation consists of SEEING what
everyone else has seen, THINKING what no one else has thought, and DOING what
no one else has dare” (Moshe Barak 2006).
Berikut ini adalah beberapa contoh inventif, dan inovasi
serta penemuannya :
- Hukum Graviti
Newton adalah invensi yang muncul dari pengamatan visual terhadap buah epal
yang jatuh dan bulan yang mengorbit bumi. Invensi memberikan sumbangan terhadap
dunia ilmu pengetahuan (inventif).
- Einstein
menemukan teori relativiti dengan cara ‘membayangkan’ apa yang terjadi seandainya
berjalan bersama cahaya (inventif).
- Uppershey menemukan teleskop dengan
menggabungkan dua lensa positif (kaca pembesar). Penemuannya ini dipatenkan
tahun 1608, 300 tahun setelah ditemukannya kaca pembesar (kaca mata),
(inovasi).
Dalam World Intellectual Property Organization (2008),
invensi atau inventif dan inovasi memiliki perbezaan yang merupakan hal yang
sangat penting untuk diketahui. Invensi menekankan kepada teknik penyelesaian
terhadap suatu permasalahan. Hal tersebut berupa idea yang bersifat inovatif
atau mungkin dalam bentuk kerja atau prototaip. Inovasi mengacu pada
penterjemahan invensi ke dalam produk-produk atau proses yang dapat dipasarkan.
Menurut enGauge 21th Century Skills oleh NCREL dan Metiri Group (2003) individu yang
inovatif mempunyai pemikiran yang terdiri daripada “life skills” sama
dengan elemen-elemen yang terdapat dalam
kemahiran inventif seperti keupayaan menyesuaikan diri dan mengurus situasi
yang kompleks (fleksibility), sifat ingin tahu, kreativiti, regulasi kendiri,
sanggup mengambil risiko dan pemikiran aras tinggi. Pemikiran inventif ialah
suatu pemikiran yang boleh menghasilkan atau mereka cipta sesuatu yang baru
yang belum pernah wujud. Berbeza pula dengan inovatif di mana pemikiran
inovatif merupakan satu corak pemikiran ke arah menyelesaikan masalah. Ia
merupakan suatu penemuan yang baru ke atas sesuatu yang telah wujud akan tetapi
dengan kekreatifan orang yang berinovasi boleh memodifikasi penemuan tersebut
bagi menghasilkan penemuan yang baru yang lebih bernilai dan berguna kepada
masyarakat.
Inventif
(invention) adalah suatu penemuan sesuatu yang benar-benar baru, ertinya
hasil kreativiti manusia. Benda atau perkara yang ditemui itu benar-benar masih
belum wujud, kemudian diadakan dengan hasil kreativiti tersebut. Misalnya
penemuan teori belajar, teori pendidikan, teknik pembuatan barang dari plastik,
cara berpakaian dan sebagainya. Munculnya idea atau kreativiti ini adalah
berdasarkan hasil pengamatan dan pengalaman dari hal-hal yang sudah ada. Namun
demikian, inovasi (innovation) ialah
suatu idea, barang, kejadian, kaedah yang dirasakan atau diamati sebagai suatu
hal yang baru bagi seseorang atau sekumpulan orang (masyarakat), baik ia berupa
hasil mahupun penemuan. Inovasi diadakan
untuk mencapai tujuan tertentu atau untuk menyelesaikan suatu masalah tertentu
(Roger & Shoemaker 1971).
congraatzzzz buukkk...traktiraaaan!!!!!!! =)))
BalasHapussangat baik!
BalasHapus